Monday, December 8, 2008

USB PIC18f4550 development board

USB development board difabrikasi menggunakan double side PCB



Dalam memantapkan lagi pengkajian IC microcontroller ini saya terpanggil untuk menyiapkan satu development board untuk pembelajaran ic.Dalam board ini ada LCD ade RTC (real time clock) menggunakan i 2 c ADC dan juga 7 segment. Untuk ADC saya menggunakan temperature IC LM35dz yang boleh menjangkau hingga 100 darjah celcius.

9m2agc foxhunt controller version 1

9m2agc foxhunt controller version 1 ini difabrikasi menggunakan PCB yang dibuat sendiri menggunakan perisian PCB WIZARD



Fox hunt adalah suatu permainan dalam hobi radio amatur yang tidak asing lagi kepada semua pengemarnya.Projek ini telah lama tertangguh dan alhamdulillah saya berjaya menyiapkan controller ini dengan menggunakan PIC 16f84A yang di programkan codenya.Untuk controller ini saya membenamkan bunyi morse code MOE sebanyak sepuluh kali dan di akhiri dengan callsign saya 9m2agc.Controller ini akan memancarkan isyarat morse code MOE dan 9m2agc setiap 3 minit dan controller ini bebas digunakan untuk semua jenis handy.Jadi controller ini sesuai digunakan untuk semua jenis controller dan ouputnya dikawal oleh transistor 2n 2222a sebagai output controll transistor.

DTMF controller menggunakan PIC16f84

DTMF adalah singkatan kepada DUAL TONE MULTI FREQUENCY yang mana ianya biasa digunakan didalam telephone untuk memwakili nada yang terdapat pada keypad.Fungsi ini juga terdapat di kebanyakkan radio-radio baru ketika ini.setiap penghantaran satu signal sinus yang dikeluarkan oleh sesuatu radio akan diikuti oleh dua signal.Signal sinus ini diwakilkan oleh susunan secara 4 x 4 matrik seperti jadual dibawah






di dalam amateur radio DTMF digunakan untuk mengawal sesuatu keluaran katakan pemasangan sesuatu repeater diatas puncak bukit dan repeater ini jammed ketika pukul 3 pagi bayangkan, bagaimana untuk switch off kan repeater tersebut.Jadi pengunaan litar DTMF dapat membantu sebagai remote switch yang boleh dimatikan dari jauh.



controller yang disiapkan menggunakan PIC 16f84A



gambar diatas adalah controller yang berjaya dibuat menggunakan PIC 16f84A yang bakal ditukar ke 16f628A kerana 16f84A hampir lupus.Untuk projek ini saya menggunakan MT8870 sebagai dtmf ic dan output untuk ic ini akan menghantar signal dalam bentuk binary kepada PIC microcontroller dari input analog kepada digital jadi kira-kiranya MT8870 ni fungsi macam ADC(analog to digital converter macam plat no motosikal ku adc 9675 hehehehe).Output current untuk PIC adalah sangat rendah dan ianya tidak mampu untuk menghidupkan transistor jadi saya terpaksa menggunakan ULN 2803A darlington output IC untuk membantu menghidupkan output relay.Untuk projek ini keluaran yang boleh dikawal adalah 8 dimana keluaran untuk PIC adalah sebanyak 8 jadi kita menggunakan 100 peratus keluaran yang ada untyuk IC ini.Out pada kaki PIC 16f84a adalah RB0 sehingga RB 7.Untuk project yang akan datang keluaran akan dipelbagaikan lagi untuk menghasilkan keluaran yang lagi banyak dan saya bercadang mengantikan projek ini smada menggunakan PIC 16f628A atau 16F877A yang mempunyai output yang lebih banyak.