Monday, December 8, 2008

DTMF controller menggunakan PIC16f84

DTMF adalah singkatan kepada DUAL TONE MULTI FREQUENCY yang mana ianya biasa digunakan didalam telephone untuk memwakili nada yang terdapat pada keypad.Fungsi ini juga terdapat di kebanyakkan radio-radio baru ketika ini.setiap penghantaran satu signal sinus yang dikeluarkan oleh sesuatu radio akan diikuti oleh dua signal.Signal sinus ini diwakilkan oleh susunan secara 4 x 4 matrik seperti jadual dibawah






di dalam amateur radio DTMF digunakan untuk mengawal sesuatu keluaran katakan pemasangan sesuatu repeater diatas puncak bukit dan repeater ini jammed ketika pukul 3 pagi bayangkan, bagaimana untuk switch off kan repeater tersebut.Jadi pengunaan litar DTMF dapat membantu sebagai remote switch yang boleh dimatikan dari jauh.



controller yang disiapkan menggunakan PIC 16f84A



gambar diatas adalah controller yang berjaya dibuat menggunakan PIC 16f84A yang bakal ditukar ke 16f628A kerana 16f84A hampir lupus.Untuk projek ini saya menggunakan MT8870 sebagai dtmf ic dan output untuk ic ini akan menghantar signal dalam bentuk binary kepada PIC microcontroller dari input analog kepada digital jadi kira-kiranya MT8870 ni fungsi macam ADC(analog to digital converter macam plat no motosikal ku adc 9675 hehehehe).Output current untuk PIC adalah sangat rendah dan ianya tidak mampu untuk menghidupkan transistor jadi saya terpaksa menggunakan ULN 2803A darlington output IC untuk membantu menghidupkan output relay.Untuk projek ini keluaran yang boleh dikawal adalah 8 dimana keluaran untuk PIC adalah sebanyak 8 jadi kita menggunakan 100 peratus keluaran yang ada untyuk IC ini.Out pada kaki PIC 16f84a adalah RB0 sehingga RB 7.Untuk project yang akan datang keluaran akan dipelbagaikan lagi untuk menghasilkan keluaran yang lagi banyak dan saya bercadang mengantikan projek ini smada menggunakan PIC 16f628A atau 16F877A yang mempunyai output yang lebih banyak.